Tip Memilih Pelaburan Unit Trust Terbaik di Malaysia

Sekarang ini ramai sudah celik untuk pelaburan yang selamat seperti melabur dalam unit trust. Tetapi yang manakah pelaburan unit trust terbaik? Unit trust terbaik ada ciri-cirinya yang perlu kita tahu risiko dan pulangannya (risk/reward ratio) digandingkan dengan kenaikan modal (capital appreciation) yang dalam istilah matematiknya adalah menggunakan standard deviation (SD risk/volatility ratio) dan effective return ratio (ERR).

Tapi tak perlulah kita bersusah payah memahami istilah dan pengiraan di atas kerana kiraan di atas kerana telah disusun dan diberi info nya didalam Lipper Rating. Lipper Rating adalah satu penilaian antarabangsa yang dipercayai kerana ianya bebas tanpa ada unsur-unsur faedah keuntungan yang diperoleh. Kadang-kadang kasihan para pelabur dikaburi dengan teknik marketing tanpa jelas mengetahui apa sebenarnya unit trust terbaik untuk mereka.

Perkara penting dalam pelaburan adalah pulangan dan juga konsistensi pulangan pelaburan. Jangan lah hanya setahun naik lebih 25% digembar gemburkan tetapi rekod tahun-tahun sebelumnya rupanya teruk pula. Inilah dipanggil konsisten, bukan sekadar pulangan dalam setahun dua. Perkara ini juga dikira dalam faktor volatiliti dinilai Lipper Rating.

Dalam Lipper Rating ada banyak faktor yang dilihat. Pertama adalah jumlah pulangan (Total Return), kedua adalah konsistensi (Consistent Return) dalam jangkamasanya dan ketiga adalah  penjagaan dalam kelas asetnya dalam kawalan risiko (Preservation). Dalam pelaburan memang lah high risk high return tapi bagaimana risiko itu dikawal (preserved) juga sangat penting.

Setelah penilaian (Lipper Rating) ini dibuat, ia akan disusun mengikut anugerah kategori dalam Lipper Fund Award. Ini adalah cara terbaik untuk pelabur melihat pelaburan unit trust yang bagus.

Untuk tahun 2017 dan 2018, anugerah dana yang terbanyak dianugerahkan kepada Eastspring Investments Berhad diikuti Manulife Asset Management Service Berhad, Public Mutual Berhad CIMB Principal Asset Management dan Kenanga Investors Berhad. Kita boleh rujuk informasi dalam akhbar The Edge juga, surat khabar yang dipercayai bacaannya untuk bisnes dan pelaburan. Lipper Fund Award adalah pengiktirafan tertinggi mengikut piawai antarabangsa.



Anugerah diatas hanyalah perbandingan syarikat sahaja, kita lihat pula kelas aset dana nya pula. Ada money market, bond dan equity. Yang pasti pulangan tinggi, mempunyai risiko tinggi dan pengkelasan ekuiti adalah jawapannya. Kita susun ikut jangkamasa, konsisten dan jumlah pelaburannya untuk dalam ekuiti Malaysia saja pula:

Among Top 10 Unit Trust in Malaysia - Equity Malaysia as at 3 Sept 2018

Purata 10 tahun dengan kadar pulangan setahun (annualised return):

1. Eastspring Investments Small Cap Fund                       +16.16%
2. Eastspring Investments Equity Income Fund                +12.07%
3. Eastspring Investments Dana Al-ilham                         +11.28%
4. CIMB Principal Equity Fund                                        +10.24%
5. Public Mutual Berhad Shariah Growth                         +8.65%

Eastspring Investments Berhad walaupun jarang didengari tetapi mengikut rekod kebanyakan dananya memberi pulangan tertinggi mengatasi industri unit trust yang lain. Bagaimanapun, rekod terdahulu hanyalah menjadi rujukan untuk membuktikan prestasi sahaja dan ianya bukannya jaminan pulangan pelaburan akan datang. Unit trust terbaik akan mengikut pada kesesuaian pelabur, risiko yang difahami, jangkamasa pelaburan dan juga faktor keadaan  ekonomi semasa. Kepelbagaian dalam pembahagian risiko (Risks Diversification) juga penting bagi pelaburan unit trust.

Selain itu, pemilihan konsultan yang berpengalaman dalam industri unit amanah saham dan juga selok-belok pasaran saham juga penting. Ini bagi memastikan agen unit trust tersebut dapat bertindak cepat mengikut keadaan ekonomi semasa dan dapat menjaga portfolio unit trust pelabur. Para pelabur harus memastikan ejen unit trust terbaik adalah yang memberikan fakta (fundfact sheet) dan bukan sekadar hanya membuat jualan saja (sales marketing).

Sekian saja.

Moga tips di atas bermanfaat untuk pelabur memilih unit trust terbaik di Malaysia.
Terima kasih.


Hairul Azizi.
UTC Senior Manager.
Eastspring Investments Berhad.
PM: http://eastspring.wasap.my/

Comments

  1. Tahukah anda bahawa akaun 1 KWSP boleh digunakan untuk pelaburan unit trust? Maksimakan jumlah pelaburan dengan UTS. Sila PM ke http://akaun1kwsp.wasap.my/

    ReplyDelete

Post a Comment